|
Akhbar Harian Metro 6/10/11 melaporkan seorang pelawak berkumpulan yang pernah menjuarai program Raja Lawak ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah selepas ditemui ‘merayau tanpa tujuan’ di pekan Tuaran, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, artis berusia lingkungan 20-an terbabit dilihat berjalan seorang diri di kaki lima bangunan dalam keadaan mencurigakan, menyebabkan dia ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran.
Difahamkan, selepas ditahan pelawak itu dibawa ke IPD Tuaran untuk siasatan lanjut dan sumber mengesahkan ujian air kencing terhadap artis yang masih aktif berlawak itu didapati positif mengambil dadah. Berikutan itu, artis terbabit yang masih bujang ditahan reman selama empat hari di IPD Tuaran bagi membantu siasatan. Sabit kesalahan, dia boleh dihadapkan ke mahkamah mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Siapa?
Hanya dua kumpulan berjaya bergelar Raja Lawak, iaitu kumpulan Sepah, dan kumpulan Kecik. Zizan dan Johan ialah pasangan Raja Lawak paling famous. Tapi mereka bukan juara. Zizan dan Johan (Jozan) sibuk berlakon filem. Mamat Sepah pulak sibuk tanggalkan tudung Fida masa dating. Jep dan Shuib tubuhkan Sepah Two. Kecik ialah Raja Lawak 4, berasal dari Sabah, dan muda lagi.
Kecik, Juara Raja Lawak 4
Sebelum menyertai Raja Lawak 4, seorang anggota kumpulan Kecik ialah penjaga cyber cafe, sorang lagi kerja di pam minyak.
Kumpulan Kecik berasal dari Sabah. Safuan Madeaming (Wan, 20 tahun), dan Mohd Ilham Rusdy (Achoe, 19 tahun). Sebagai juara Raja Lawak 14, mereka membawa pulang RM14 ribu, sebuah kereta Naza Sorento (sesuai pakai di Sabah), set karaoke Arezzo Hoffman, tv plasma 42 inci, peti sejuk Haier, dan jam tangan Hugo Boss.
6 Oct 2011
|
Kecik Raja Lawak. Click to enlarge
|