artismelayu.net
forum artis
Reza tinggalkan Era FM

3 Jan - Reza Mohamed berhenti dari Era FM pada bulan Disember 2011 setelah lima tahun menjadi penyampai radio di sana. Reza memberikan alasan kerana mahu berehat. Reza juga mengaku mempunyai sedikit masalah apabila ada pihak tertentu yang kurang senang dengannya.

"Di mana saja kita berada, tipulah kalau tiada masalah dengan tempat kita bekerja. Paling tidak pun orang lain yang sengaja mencari masalah dengan kita. Apa-apa pun, biarlah itu menjadi rahsia saya. Keputusan meninggalkan Era FM dibuat kerana saya mahu berehat seketika. Lagipun sekarang ini saya sibuk menguruskan Patung Studio, iaitu sebuah studio tarian yang ditubuhkan di bawah syarikat saya sendiri, Rezakey Management. Pada masa yang sama saya turut memenuhi undangan menjadi pengacara majlis," kata Reza.

Reza enggan mengulas bila ditanya soalan sama ada dia akan berpindah ke stesen radio lain.

Pengurus Saluran Era FM, Nazri Noran mengesahkan yang Reza meletakkan jawatannya sebagai seorang penyampai radio stesen berkenaan. Peletakan jawatan itu juga tiada isu berkaitan masalah dalaman mahupun disiplin. Radio Era telah memilih Zahid (AF) sebagai penggantinya selepas membuat beberapa uji bakat pada Disember lalu.

Reza
Reza
3 Jan 2012. Sumber berita mStar.com.