|
Saiful Apek naik mahkamah Hari Valentine nanti
Pelakon dan pelawak Saiful Apek (Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 42) tak boleh meraikan Hari Valentine dengan kekasih sebab pada hari berkenaan iaitu 14 Februari 2012 dia akan dihadapkan ke mahkamah bersabit dengan kes ganja.
Saiful Apek diberkas di rumahnya pada 12 June 2010 di rumahnya di Subang Jaya semasa sedang menonton bola sepak piala dunia bersama empat orang rakannya.
Polis menemui 40gm marijuana di rumahnya.
Kesemua mereka akan didakwa di bawah Akta Dadah Berbahaya Section 10(2)(b) dan Section 15(1)(a) yang membawa hukuman maksimum denda RM5 ribu atau dua tahun penjara.
Saiful Apek dan tiga lagi rakannya tidak mengaku salah dan diwakili oleh peguambela Mohd Fadly Hashim. Salah seorang dari rakan Saiful Apek iaitu Mohamad Sharaful Abdul Rahim, 25, telah mengaku salah semasa pertuduhan dibuat di mahkamah pada 1 November 2010 dan telah dijatuhi hukuman penjara 10 bulan dan denda RM7500.
|