|
Saiful Apek tak mengaku ambil ganja
2 Nov Masuk makamah semula. Pelakon komedi, Saiful Apek (Mohd. Saifulazam Mohamed Yusoff, 42) yang sebelum ini dibebaskan dengan jaminan polis kerana disyaki mengambil ganja di sebuah apartmen tahun lalu telah didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam.
Saiful Apek tak mengaku salah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd. Wahid.
Pertuduhan
Saiful Apek didakwa mengambil dadah berbahaya iaitu jenis ganja di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan pada pukul 11 malam, 12 Jun 2010. Dia dituduh mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan diletakkan di bawah pengawasan polis, jika sabit kesalahan.
Selain Saiful Apek, turut didakwa atas tuduhan sama ialah tiga rakannya iaitu Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, dan seorang wanita, Noremy Mohamad, 28. Kesemua mereka turut mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan macam Saiful Apek jugak. Mahkamah kemudian membenarkan empat tertuduh tersebut diikat jamin masing-masing RM2,500 dengan seorang penjamin. Kes tersebut ditetapkan untuk sebutan semula pada 23 Disember depan.
Saiful Apek ialah bapa kepada tiga orang anak. Dia ialah Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003. Saiful Apek bukanlah artis yang pertama atau yang terakhir yang terlibat dengan kes dadah ni. Tahun ni saja sebelum Saiful Apek kita dikejutkan dengan kes dadah Benjy anak Azean Irdawati, lepas tu kes Ameng Spring. Dulu pelakon Dynaz pun ada kes dadah dan masuk mahkamah. Lepas tu pelakon Shereen pun sama. Tapi yang paling kerap naik turun mahkamah sebab kes dadah tak lain tak bukan ialah Raja Pop Jamal Abdillah.
|