www.artismelayu.net    Laman Utama    Forum Artis

Sam Bunkface tak kisah jadi anak ikan

Jumaat lalu Raja Azmi ada memberitahu portal Daily Chilli bahawa dia akan menerbitkan sebuah filem baru, berjudul Anak Ikan, dan Sam merupakan artis yang diinginkan bagi menjayakan sebuah watak dalam filem tersebut. Filem yang diadaptasi daripada sebuah novel karya Ajami Hashim itu mengisahkan tentang seorang lelaki yang mempunyai seekor ikan belaan yang akhirnya bertukar menjadi ikan duyung lelaki.

Vokalis kumpulan Bunkface, Sam (Shamsul Anuar) dalam reaksi balasnya terhadap hasrat Raja Azmi itu berkata yang dia bersedia berlakon dalam filem tersebut jika dia memang ditawarkan. Kata Sam berkata, selain bidang nyanyian, dia sebenarnya mempunyai minat yang mendalam di bidang lakonan sejak kecil lagi, cuma belum diberi peluang.

Jika saya benar-benar ditawarkan dalam filem Anak Ikan, apa salahnya. Lagipun sebelum ini saya pernah berlakon untuk iklan televisyen dan teater. Malah saya juga tidak kisah untuk melakonkan apa saja watak, asalkan skrip yang diberi menarik perhatian saya.

Tambah Sam lagi, dia juga tidak mempunyai masalah jika menerima watak seekor duyung jika watak tersebut benar-benar sesuai dengannya

Korang jangan silap, ye. Sam bukan nak jadi 'anak ikan' tu. Sebaliknya maksud Sam, dia sanggup pegang watak anak ikan dalam filem yang dimaksudkan tu, haha..

4 Okt 2011

Sam BunkfaceSam Bunkface