www.artismelayu.net
Forum Artis
|
Sean Ghazi | ||
![]() Sean Ghazi (disebut SHON), Artis Baru Terbaik AIM 14
Sean William Ghazi. Lahir di Petaling Jaya pada 4 April 1969. Kacukan Serani (ibu) dan Melayu (bapa). Mengikuti kursus seni persembahan selama setahun di Emerson College di Boston, Amerika Syarikat dan selama tiga tahun di Laine Theatre Arts di London. Muncul melalui drama bersiri 'Idaman' bersama-sama Deanna Yusof pada tahun 1998 (Astro Ria). Terlibat dalam filem Hollywood 'Anna and The King' yang dibintangi oleh pemenang oscar Judie Foster dan Chow Yun Fatt yang mengadakan pergambaran di sekitar Malaysia pada awal 1999. Sean Ghazi memegang watak Kun Phra Balat. Dia membawakan watak yang sama dalam pementasan drama 'The King and I' pada tahun 2000 yang diadakan selama setahun di West End, London. Turut terlibat dalam teater muzikal popular 'Miss Saigon (di London antara 1992-1994), dan 'The Rent' yang dipentaskan di London dan Jerman pada 1999. Album pertama Sean Ghazi, 'Semalam' membawa genre 'swing jazz, big band dan smooth jazz' mula masuk pasaran di penghujung 2006. Melalui album Melayu klasik tersebut, Sean Ghazi berhasrat untuk mengangkat kembali karya-karya Melayu klasik yang dianggapnya sebagai karya unggul dan tidak ditelan zaman. Album 'Semalam' dihasilkan selepas lima tahun persediaan. Hampir semua pemuzik (22 orang) dan tenaga kerja yang terlibat dalam album 'Semalam' adalah orang luar. Rakaman muzik dibuat di 'The Electric Avenue Studio', Sydney Australia. Pertama kali beraksi dalam iklan 'Vicks VapoRub' semasa berumur lima tahun. | ||