ArtisMelayu.net  |  Home  |  Link laman Artis  |  Forum Artis  |  Webmaster
Setelah semakin tenggelam namanya, tiba-tiba..

Sheila Majid diugut bunuh?

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Shaheila Abdul Majid, 43, atau nama komersialnya, Sheila Majid, kini hidup dalam ketakutan apabila mendakwa menerima ugutan bunuh daripada seorang individu yang dikenalinya. Difahamkan, ugutan itu disampaikan kepada Sheila oleh beberapa rakannya yang mendengar perkataan berunsur mengugut yang diluahkan individu terbabit, termasuk mengatakan dia akan membunuh penyanyi popular berkenaan.

Bimbangkan keselamatan dirinya terancam, penyanyi bersuara lunak dikenali sebagai Ratu Jazz itu tampil di Balai Polis Travers di sini, kira-kira jam 6.30 petang kelmarin, untuk membuat laporan mengenai ugutan itu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, ketika dihubungi mengesahkan laporan yang dibuat penyanyi terbabit.

Kesian Sheila Majid. Siapalah yang tergamak buat ancaman macam tu sekali. Tapi yang peliknya, ugutan ni datang datang melalui 'kawan' dia dan bukan ugutan terus kepada Sheila. Adakah ini ugut main-main atau satu sandiwara artis-artis lama yang semakin tenggelam namanya yang mahu bikin sesuatu supaya nama mereka menjadi sebutan semula?

Walau apapun, you all boleh beri komen you all tentang hal ni di Forum aMNet yang sentiasa panas.

ArtisMelayu.net  |  Home  |  Link laman Artis  |  Forum Artis  |  Webmaster