www.artismelayu.net | muka depan | forum artis

Shikin Dangdut lebih selesa tak sebumbung dengan suami

17 Mac - Artis dangdut Shikin (Aishah Dahlan, 32) kata dia lebih selesa untuk tidak tinggal sebumbung dengan suaminya ekoran hubungan yang 'retak menanti belah' kerana tiada kesefahaman lagi antara mereka.

Shikin kata dia dan suaminya, Ahmad Zuki Mohd Zain (36 tahun) sudah tidak lagi tinggal serumah sejak lebih setahun lalu. Namun mereka belum bercerai dan masih kekal suami isteri demi mengenang anakmereka, Qistina Balqis yang berusia tujuh tahun.

Kata Shikin, keputusan untuk tidak lagi tinggal bersama dibuat secara bersama. Buat masa ini mereka selesa tinggal berasingan kerana ia memberi ruang kepada diri masing-masing. Tidak begitu jelas ruang apa yang dimaksudkan oleh Shikin.

Tiada niat untuk bercerai lagi

Kata Shikin lagi, dia dan suaminya tidak berniat untuk bercerai buat masa ini. Dia dan suami sepakat untuk tidak memfailkan penceraian serta 'malas' untuk berulang-alik ke mahkamah syariah atas tujuan tersebut. Namun dia tidak dapat menjangkakan bagaimana keadaanya pada masa hadapan. Shikin kata dia lebih suka memilih untuk menyerahkan kepada takdir Allah sekiranya ada jalan untuk memulihkan hubungan antara mereka berdua.

Shikin kata sekarang ni dia sering sibuk mendapat undangan membuat persembahan di majlis-majlis korporat dan tertutup selain aktif kembali menyanyi di sebuah kelab malam di Kuala Lumpur.

Shikin Dangdut
Foto Utusan

Shikin dan Ahmad Zuki (foto atas) diijabkabulkan pada 27 September 2003. Masa mula kahwin ramai yang komen mereka kelihatan sungguh romantik. Mereka ada seorang anak iaitu Qistina Balqis, tujuh tahun. Masalah berkaitan rumahtangga mereka mula tercetus sejak tahun lalu.

Shikin Dangdut
Shikin Dangdut

Mac 2012. Sumber mstar.com.my