www.artismelayu.net    Laman Utama    Forum Artis

Shila upload 45 lagu ke youtube

Penyanyi Shila Amzah kata dia telah upload klip video nyanyiannya di laman Youtube bagi memenuhi permintaan peminat. Betul ke peminat yang mintak, Shila?

Kata Shila, setakat ini sebanyak 45 buah lagu kegemarannya telah dinyanyikan semula dengan petikan gitar dan dirakam hanya sekadar suka-suka.

Kata Shila Amzah, "Saya buat video itu hanya sekadar suka-suka bagi memenuhi permintaan peminat, mereka ingin dengar saya menyanyikan lagu orang lain tapi saya tidak dapat nyanyikannya di khalayak jadi saya mengambil medium ini untuk memenuhi permintaan tersebut. Ia juga seperti latihan nyanyian kepada saya selain membantu saya untuk menambahkan keyakinan apabila memetik gitar."

Adakah ini cara untuk dapatkan publisiti? Kata Shila, dia tidak berniat untuk meraih publisiti atau menarik perhatian komposer dari luar negara seperti yang dilakukan oleh kebanyakan penyanyi baru.

Kata Shila, rakaman yang di muat naik itu tidak mempunyai sebarang tujuan komersial. Kata Shila ia juga tidak salah dari segi undang-undang hak cipta.

Sep 2011

Shila AmzahShila Amzah