|
21 Okt Majlis persandingan pelakon Yasmin Hani Richardson, 32, dan bekas gitaris kumpulan Black Rose, Sha'arin Mohammed Razali, 40-an, berlangsung dengan meriah di Dutchess Duchess Place Jalan Ampang, pada hari Jumaat, malam. Mereka bernikah pada sebelah petang hari yang sama. Sha'arin hanya perlukan sekali lafaz.
Pasangan pengantin memakai pakaian bewarna putih rekaan pereka popular, Hatta Dolmat.
Majlis berkonsepkan Taman Inggeris Kontemporari kelihatan sederhana dan klasik.
Kata Yasmin, walaupun jodohnya sedikit lewat, dia bersyukur kerana diberi seorang suami yang sangat memahami dirinya.
"Dia seorang yang sangat positif dan pandai memujuk. Lebih penting sekali dia seorang yang sangat mementingkan keluarga dan ciri-ciri itu yang saya inginkan untuk seorang suami. Alhamdulillah, kami juga bersyukur kerana segala perancangan (perkahwinan) dijalankan dengan lancar," kata Yasmin.
Sha'arin pula mengharapkan agar segala rintangan dan dugaan rumahtangga yang dibina dengan Yasmin dapat diharungi bersama.
"Kami mengharapkan yang terbaik dalam perkahwinan ini,moga ia berkekalan," ujarnya ringkas. Sha'arin sudah pun memiliki dua orang anak iaitu Siti Narissa Edora, 25, dan Armand, 23, hasil perkahwinan pertamanya.
Antara teman selebriti yang hadir ialah Dynas, Aishah Sinclair, Sazzy Falak, Ezlynn, Farid Kamil, Jojo Struys, Diana Danielle dan Diana Rafar.
Pasangan merpati dua sejoli ini selamat diijabkabulkan pada Jumaat (petang) di tempat yang sama dengan hanya sekali lafaz.
|
 Yasmin Hani + Sha'arin. Click to enlarge
|