|
27 Okt Dah biasa sangat mahkamah akan jadi rumah kedua pasangan artis bila dah lama kahwin. Kali ni di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, Zainal Abidin Headwind vs bekas isterinya Natasya Gabriel Abdullah.
Zainal Abidin (52) ialah bekas vokalis kumpulan Headwind dan terkenal dengan lagu Hijau lepas menjadi artis solo.
Natasya Gabriel Abdullah (52) ialah bekas isteri Zainal Abidin, dan bekas model. Mereka berkahwin pada 24 Mac 1987. Bercerai pada 12 Disember 2000. Anak mereka ialah Mikhail (18) dan Timur (16). Mikhail mengidap autisme. Tuntutan nafkah tu telah dibuat sejak tahun lepas lagi.
Apa yang Natasya tuntut
1. Kes yang sedang berlangsung sekarang adalah sambungan dari tuntutan asal Natasya pada bulan Julai lepas iaitu tuntutan jumlah nafkah tertunggak sejak tahun 2002 berjumlah RM167,102.04.
2. Tuntutan kedua ialah untuk mengubah perintah nafkah bulanan, wang perbelanjaan hari raya dan pembelajaran dua anaknya yang difailkan tahun lalu (2010). Dalam tuntutan itu, Natasya memohon nafkah bulanan RM200 bagi setiap anak dinaikkan kepada RM1,200 seorang, nafkah hari raya diubah daripada RM150 kepada RM300 setiap seorang, nafkah membabitkan pelajaran Mikhail dinaikkan sehingga RM3,500 sebulan manakala Timur, RM2,000 sebulan. (Nota: perintah mahkamah pada 8 Nov 2002 menetapkan yang Zainal Abidin perlu memberikan nafkah anak sebanyak RM200 seorang.)
Dalam mahkamah telah ditunjukkan 224 dokumen pembayaran yang dibuat. Bayaran-bayaran adalah untuk yuran sekolah, tambang pengangkutan ke sekolah, pakaian seragam sekolah, buku-buku sekolah, yuran kelas agama, bayaran perubatan, yuran prasekolah serta bayaran-bayaran lain yang berkaitan sejak tahun 2002 hingga kini.
Mahkamah bersambung kemudian. Biasalah tu, kes mahkamah berpanjangan.
Dulu pernah selesai kes luar mahkamah
Pada bulan Jun tahun lepas, Zainal Abidin bekas isterinya telah mencapai persetujuan untuk menyelesaikan kes tuntutan tunggakan nafkah anak berjumlah RM18,900 di luar mahkamah.
Zainal Abidin telah membuat pembayaran sebanyak dua kali menggunakan cek. Penyelesaian tersebut adalah terhadap kes tuntutan mahkamah Natasya yang mendakwa Zainal Abidin gagal membayar nafkah dua anak mereka selama 29 bulan. Jumlah itu melibatkan tunggakan sebanyak RM16,800 serta perbelanjaan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha sebanyak RM2,100. Kes tersebut telah selesai. Yang sedang berlangsung di Mahkamah sekarang adalah kes tuntutan lain, dan lebih besar jumlahnya. Selamat berjuang, Zainal dan Natasya.
|
 Zainal Abidin di mahkamah. Click to enlarge
 Natasya Gabriel Abdullah.
|