|
Zul masih sayang Abby
17 Dec - Pelakon Zulkifli Ariffin, 25, mengakui masih sayangkan bekas kekasihnya, pelakon Abby Abadi walaupun tidak lagi mempunyai sebarang hubungan cinta. Zul kata tidak mungkin dia dapat melupakan begitu saja hubungannya bersama Abby yang telah berlangsung selama tiga tahun. Kata Zul, dia masih menghormati Abby Abadi sebagai seorang kawan.
"Hubungan saya dengan Abby masih baik dan ada kalanya kami bertanya khabar melalui panggilan telefon atau pun berbalas SMS. Sudah tentu perasaan sayang kepadanya masih ada kerana percintaan kami bukan berlangsung selama tiga hari tetapi tiga tahun lamanya. Sudah tentu ia masih berbekas di hati saya," kata Zul.
Pada persoalan sama ada mereka berdua boleh berbaik semula, Zul berkata “mungkin...! Zul juga mengaku dia masih mengambil tahu mengenai perkembangan diri Abby dan tiga anaknya menerusi laman Facebook milik bekas kekasihnya itu.
Enggan ulas punca putus Zul enggan mengulas lanjut tentang punca perpisahan mereka kerana dia anggap semuanya itu terlalu bersifat peribadi untuk dikongsi kepada umum. Banyaklah engkau punya peribadi, zul. Dulu masa bercinta bukan main usung Abby ke sana ke sini.
Kata Zul dia tidak pernah menyesal mengenali Abby malah bagi Zul, Abby adalah antara insan yang paling baik pernah dia temui selain daripada keluarganya. Kalau baik, kenapa boleh putus, Zul. Tapi kalau dah banyak madu Zul hirup kemudian Abby ditinggalkan macam tu saja memanglah tak patut. Dalam kes ni, Abby yang paling merugi. Sekarang Abby kembali jadi janda kesepian.
|