Syafinaz Selamat, 52 tahun (lahir 11 Januari 1973), ialah salah seorang juri tetap Gegar Vaganza sejak edisi kelapan (GV8).
Paling muda dan kekal menjadi penyeri dalam kalangan penal juri sedia ada.
Pernah menjadi juri jemputan sebanyak 4 kali sebelum mula menjadi juri tetap.
Syafinaz menjadi penal tetap juri mengambil kerusi yang dikosongkan oleh Khadijah Ibrahim.
Pensyarah vokal di Jabatan Muzik Fakulti Seni Persembahan UiTM, pensyarah di ASWARA, vokal master untuk Koir Kebangsaan Malaysia dan kumpulan Genius Seni Koir (Koir PERMATA Seni), salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
Profesor Adjung
Syafinaz ialah Profesor Adjung dalam bidang muzik dan seni persembahan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dari 1 Julai 2025 hingga 30 Jun 2027.
Bekas penyanyi sebelum menjadi jurulatih vokal
Syafinaz mula menyanyi seawal umur 7 tahun. Pada masa itu kakak Syafinaz bekerja di RTM Angkasapuri. Jadi Syafizaz sering diselitkan dalam program-program hiburan kanak-kanak terbitan RTM.
Album pertama Syafinaz berjudul 'Syafinaz' diterbitkan dalam tahun 1989 semasa Syafinaz berumur 16 tahun. Antara lagu Syafinaz yang dikenali ialah 'Ingin Bersamamu'.
Syafinaz boleh menyanyi dalam bahasa Itali, Sepanyol dan Jerman selain dari bahasa Inggeris dan sudah tentulah bahasa Melayu sendiri.
Syafinaz pernah menang Gold Medal dalam kategori R&B/Pop/Rock/Contemporary di World Championship of Performing Arts (WCOPA) di Los Angeles dalam tahun 1999.
Pernah tercalon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 1998, Anugerah Sri Angkasa, dan Anugerah ERA 2002.
Ratu Soprano
Syafinaz adalah penyanyi pop. Namun tidak ramai orang sedar yang dia sebenarnya berkebolehan dalam nyanyian klasikal dengan suara soprano dramatic coloratura (gaya penyanyi opera).
Suara Syafinaz mempunyai julat vokal dari D3 hingga F6 yang memang sesuai untuk nyanyian lagu-lagu opera.
Syafinaz pernah menjadi penyanyi solo soprano dalam opera 'Carmina Burana' bersama Orkestra Simponi Negara Malaysia.